Entri Untuk Diriku Sendiri Part 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Um., nampaknya dah lebih sebulan aku 'berpuasa' daripada dunia blog ni. Huhu.. Bukannya malas nak berblog tapi pelbagai dugaan dan cubaan yang aku hadapi dalam tempoh sebulan yang lalu. Aku rasa tak perlulah aku nak cerita satu persatu masalah yang aku hadapi. Anggap sajalah aku ni orang yang sibuk ataupun perasan sibuk. Hehe.. Jadi, segala aktiviti yang berkaitan dengan dunia blog nipun tak dapat nak aku buat macam blogwalking, join twitterer lain dan macam-macam lagilah. Entri ni adalah entri pertama bagi aku yang dihasilkan dalam bulan Mei tahun 2010 ni. Dan sekarang ni adalah cuti panjang antara sidang akademik 2009/2010 dengan sidang akademik 2010/2010. Hal ni bermakna, aku bakal bergelar pelajar tahun 2 di USM kurang 2 bulan lagi. Huhu.. Betapa cepatnya masa berlalu.
Islam Pilihanku
Salam 1 Malaysia. Ya, minggu peperiksaan dah makin dekat dan aku pulak berlagak macam peperiksaan tu bermula 3 tahun lagi. Haha.. Entri ni aku hasilkan untuk menjadi aras penanda dan juga entri terakhir aku untuk bulan April ni bagi memberi laluan terhormat kepada unit penilaian dan peperiksaan untuk menguji diriku ini. Hehe! Hal ini bermakna, aku hanya akan kembali ke dunia blog ni selepas ujian nanti. Insyaallah.. Aku pun tengah mencari idea-idea yang bernas untuk entri yang akan datang dalam usaha memberikan maklumat dan pengetahuan kepada orang lain dan juga diriku sendiri.
Bersihkah Hati Kita?

Salam semua. Entri ni adalah entri aku yang dihasilkan dalam keadaan aku yang agak sibuk dengan kerja-kerja perpindahan bilik dan blok yang lama ke blok dan bilik yang baru. Belakangan ni, pelbagai masalah menimpa diriku dan aku cuba untuk menjadi sekuat yang mungkin dalam menghadapi masalah yang timbul. Tabahkanlah hatiku Ya Allah! Minggu ni merupakan minggu terakhir kuliah diadakan dan minggu depan akan menjelmalah minggu ulangkaji yang digunakan oleh pelajar U untuk balik ke rumah masing-masing. Aku cam biasalah duk stay ja kat bilik baru yang Wi-Fi nya cam haram. Huhu.. Kali ni, aku ingin membawa persoalan kepada korang semua dengan tajuk entri di atas. Cuba kita tanya betul-betul pada diri kita, bersihkah hati kita?

Salam sejahtera. Entri ini terus dimulakan dengan satu persoalan untuk korang fikir-fikirkan. Sanggupkah korang membayar sehingga $400 untuk membeli permainan komputer? Mungkin kebanyakan jawapan korang adalah tidak! Tetapi itulah yang dilakukan oleh penggemar-penggemar permainan komputer sehingga sanggup mengeluarkan $400 untuk membeli game







